Microsoft Mengumumkan Pembantu Digital Cortana Untuk Android Dan iOS

Microsoft Mengumumkan Pembantu Digital Cortana Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mei 26, 2015 oleh .

Cortana sedia ditawarkan untuk pengguna Windows Phone, selain bakal hadir terbina pada Windows 10. Terkini, seperti penawaran Outlook dan Office untuk platform lain, Microsoft turut mengumumkan Cortana untuk Android dan juga ioS.

Cortana

Cortana untuk Android dan iOS ini akan berfungsi sebagai aplikasi pelengkap untuk Cortana Windows 10. Ini membolehkan anda membawa Cortana ke mana-mana sahaja anda pergi, dan menggunakan fungsinya setapak kehadapan berbanding hanya pada PC.

Sebagai contoh, anda boleh menetapkan peringatan untuk sesuatu kedai pada PC, dan kemudian ia akan memberikan peringatan ke telefon anda apabila anda berdekatan.

Seperti biasa, Microsoft menekankan yang mana sokongan Cortana untuk Android dan iOS akan terhad, dan tidak menyeluruh seperti pada Windows Phone. Sebagai contoh sokongan “Hey Cortana” untuk mengakses pembantu digital berkenaan perlukan integrasi khusus dan akan terhad kepada Windows Phone sahaja.

Cortana untuk Android akan hadir seawal Jun ini, dan versi iOS dijangka akan menyusul selepas itu.


TIPS & ULASAN