Cari @ Amanz

Dalam arena sistem operasi Linux, terdapat beberapa versi yang popular dan diminati ramai. Salah satunya adalah Fedora. Hari ini, pembangun disebalik Fedora secara rasminya telah pun mengumumkan pelancaran Fedora 22 yang sedia dimuat-turun untuk digunakan pada komputer atau pada pelayan dan juga workstation.

Fedora 22

Fedora 22 ini merupakan kemaskini kepada sistem operasi Fedora sebelum ini, dimana ia dilengkapi dengan pelbagai kemaskini perisian terbaru, termasuk penggunaan kernel Linux terkini.

Fedora 22 turut menyertakan sejumlah sokongan baru untuk pentadbir pelayan, selain turut menyertakan sokongan tema dan notifikasi yang lebih baik. Beberapa perisian turut direkabentuk kembali dan diberikan nafas baru – dimana antaranya adalah rekaan Files, perisian paparan imej, serta paparan lebih banyak data melalui aplikasi Software.

Bagi pengguna Fedora, anda boleh naik-taraf pemasangan sedia anda, atau anda juga turut boleh memilih untuk memuat-turun versi penuhnya secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd