Pada awal tahun ini, Microsoft telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa pengeluar peranti Android untuk menyertakan aplikasi daripada Microsoft secara terbina pada peranti keluaran mereka – termasuk pada Samsung Galaxy S6. Kini, Microsoft mengumumkan kerjasama dengan lebih ramai pengeluar untuk menyertakan aplikasi mereka.
Melalui senarai yang diumumkan oleh Microsoft, dua jenama yang akan menyertakan aplikasi Microsoft pada tablet mereka secara terbina untuk peringkat global adalah LG dan juga Sony.
Sony akan menyertakannya pada Sony Xperia Z4 Tablet, sementara LG pada tablet baru mereka yang bakal menyusul.
Melalui kerjasama ini, aplikasi Microsoft yang akan hadir terpasang secara terbina pada tablet keluaran mereka adalah termasuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote, OneDrive dan juga Skype.
Memandangkan kesemua aplikasi ini adalah berguna, mungkin pengguna tidak akan mempunyai sebarang masalah untuknya.