Cari @ Amanz

Windows 10 bakal membawakan sokongan pengurus desktop maya, membolehkan anda menguruskan desktop dengan lebih baik dan membahagikan ia untuk beberapa tugasan berbeza. Dengan konsep sama, terdapat beberapa pengurus desktop maya lain di pasaran hari ini. Tetapi, salah satu perisian terbaru dengan fungsi sama yang menarik perhatian akhir-akhir ini adalah Virgo.

VirgoVirgo adalah perisian bersaiz kecil untuk Windows, dan menawarkan fungsi asas untuk pengurusan desktop maya. Fail pemasangannya hanya sekitar 7KB, dan ia juga tidak menggunakan memori yang tinggi.

Sebaik sahaja memulakan Virgo, ia akan memaparkan sebuah ikon pada tray di bahagian paparan jam di desktop, menandakan desktop yang anda sedang akses adalah paparan desktop yang mana. Sehingga 4 desktop disokong, dan pengguna boleh mengaksesnya menggunakan kekunci ALT + 1 atau ALT + 2, dan seterusnya.

Tiada halaman tetapan yang disediakan, dan pengguna boleh keluar daripada program tersebut pada bila-bila masa dengan menekan ALT + CTRL + SHIFT + Q. Ia agak mengecewakan kerana pengguna umum mungkin menghadapi masalah untuk mengubah tetapan kekunci pintas yang disediakan oleh Virgo.

Tetapi memandangkan ia menawarkan penggunaan desktop maya tanpa menggunakan memori tinggi atau saiz pemasangan yang besar, mungkin ini akan menjadi salah satu perisian pilihan pengguna Windows 7 dan juga Windows 8 – jika anda sedang mencari sesuatu untuk membuat pengurusan desktop anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd