Cari @ Amanz

Mengambil video di dalam mod gerak perlahan 120 FPS ialah antara fungsi yang kini dianggap biasa pada kebanyakan peranti pintar.  Bagi Sharp, ini adalah tidak mencukupi dan mereka menghasilkan tiga peranti baru yang mampu mengambil video pada kadar 2100 FPS. Sharp Aquos Zeta, Aquos Xx dan Aquos Serie boleh mengambil video pada kadar amat perlahan ini pada resolusi 854 x 480 pixel (FWVGA) dan 120 FPS pada resolusi 1080P.  Kemampuan gerak perlahan melampau ini dilakukan dengan manipulasi perisian dan bukannya kemampuan gerak perlahan sebenar. Perisian khas akan menambah 10 frame bagi setiap frame diambil bagi memberikan ilusi gerak perlahan melampau.

Sharp-Zeta-XX-Serie

Sharp Aquos Zeta ialah peranti dengan skrin 5.5″ FHD, pemproses Snapdragon 810, RAM 3GB dan muatan dalaman 32 GB. Kamera utama sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan 2 Megapixel. Aquos Xx mempunyai spesifikasi yang sama cuma dengan skrin 5.7″ FHD. Aquos Serie juga mempunyai spesifikasi yang sama tetapi mempunyai skrin 5″ FHD.

Selain fungsi kamera yang unik, ketiga-tiga peranti mempunyai bazel yang kecil, kamera hadapan yang diletakkan pada bahagian bawah. Kebarangkalian peranti ini memasuki pasaran tempatan adalah agak kecil.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd