TM & U Mobile Bekerjasama Untuk Perkhidmatan Backhaul Generasi Baru

TM & U Mobile Bekerjasama Untuk Perkhidmatan Backhaul Generasi Baru

Diterbitkan pada Mei 27, 2015 oleh .

Awal tahun ini U Mobile berkongsi perancangan mereka untuk meluaskan kawasan liputan mereka ke seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini. Hari ini mereka menandatangani perjanjian kolaborasi bersama TM dalam membawakan perkhidmatan rangkaian Next-Gen Backhaul di Malaysia.

Perjanjian yang termeterai selama 9 tahun ini antaranya akan memberikan U Mobile akses untuk perkhidmatan infrastruktur fiber optik oleh TM sekaligus meluaskan kawasan liputan mereka serta membawakan kelajuan internet yang lebih laju pada perkhidmatan mereka. Bagi TM, mereka akan memberikan kelajuan internet sehingga 1Gbps yang meliputi keseluruhan Semenanjung Malaysia. Infrastruktur fiber optik yang menyokong rangkaian telekomunikasi mudah alih ini juga turut menyokong capaian 4G LTE sekaligus meluaskan kawasan liputan capaian 4G U Mobile.

Dengan termeterainya perjanjian ini semakin ramai pengguna boleh menikmati perkhidmatan U Mobile di kawasan yang diliputi infrastruktur fiber optik oleh TM namun buat masa ini perjanjian ini tidak merangkumi Sabah dan Sarawak. Perancangan mengenainya masih pada fasa awal.


TIPS & ULASAN