Acer Revo One Memasuki Malaysia – Komputer Bersaiz Mini Dan Hab Hiburan, Berharga RM1099

Acer Revo One Memasuki Malaysia – Komputer Bersaiz Mini Dan Hab Hiburan, Berharga RM1099

Diterbitkan pada Mei 27, 2015 oleh .

Acer Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi produk baru untuk pasaran tempatan, iaitu Acer Revo One. Acer Revo One merupakan komputer bersaiz mini yang mana boleh dihubungkan ke kaca televisyen mahupun monitor untuk turut digunakan sebagai hab hiburan.

Acer Revo One untuk pasaran Malaysia hadir dengan tetikus tanpa-wayar serta papan kekunci terbina, membolehkan anda untuk membelinya dan menggunakannya terus tanpa risau akan sebarang aksesori tambahan.

Acer Revo One

Dari segi spesifikasi, Acer Revo One hadir dengan sokongan cip Intel® Celeron® 2957U 1.4Ghz, memori 2GB DDR3 RAM, serta ruangan storan sebesar 500GB. Saiz ruangan storan besar ini membolehkan pengguna menyimpan pelbagai bentuk fail multimedia dan mengakses menggunakannya. Komputer mini ini dilengkapi dengan Windows 8.1, membolehkan anda turut membuat tugasan kerja mahupun melayari web menggunakannya.

Acer Revo One

Acer Revo One

Acer Revo One turut dilengkapi sejumlah port, termasuk HDMI, dua USB 3.0, dua USB 2.0, LAN, dan juga Display Port. Pada bahagian atas Revo One ini pula adalah pembaca kad-SD untuk memudahkan anda membaca data daripada kad-SD terutamanya kamera atau telefon pintar.

Di Malaysia, Acer Revo One akan dijual pada harga RM1099 dan boleh didapati daripada para pengedar rasmi Acer seluruh negara.


TIPS & ULASAN