Carian
Hyundai Sonata 2015 Menjadi Kenderaan Pertama Yang Menyokong Android Auto
May 27, 2015 Aman

Google telah memperkenalkan Android Auto pada tahun lepas ketika Google I/O, dan kini selang setahun daripadanya, Hyundai menjadi pengeluar pertama yang menawarkan sokongan Android Auto pada kereta keluaran mereka, Hyundai Sonata 2015.

Untuk menggunakan Android Auto pada Sonata 2015, Hyundai mengatakan kenderaan sedia ada yang dilengkapi sokongan skrin navigasi boleh ke pengedar Hyundai, dan menaik-taraf ia kepada Android Auto secara percuma.

Android Auto

Dengan adanya Android Auto, ia membolehkan para pemandu menghubungkan telefon pintar terus ke kenderaan, dan menggunakan beberapa fungsi tambahan selain daripada hanya navigasi Google Maps, termasuk antaranya mendengar lagu daripada Spotify, menguruskan panggilan ketika memandu dan sebagainya.

Hyundai turut mengatakan mereka akan menawarkan Android Auto kepada beberapa model kenderaan yang lain. Selain Hyundai, Google sebelum ini pernah mengatakan sejumlah pengeluar kenderaan akan menawarkan ia pada kereta mereka menjelang tahun 2016 kelak.

Komen