Cari @ Amanz

Sejumlah aplikasi pada peranti mudah-alih kita hadir dengan sokongan geolokasi, dimana kebiasaannya, kita tidak akan risau dan cuma memilih untuk mengaktifkannya. Terkini, salah satu pemalam untuk Chrome diterbitkan seorang pembangun, memperlihatkan bahayanya perkara tersebut – serta pada masa yang sama membolehkan rakan-rakan anda melihat dari manakah anda sering menghantar mesej dan sebagainya.

Pemalam yang dinamakan sebagai Marauders Map ini plot akan pada peta bersaiz kecil pada bahagian tepi laman Facebook Messenger, dimana ia menarik data berdasarkan kepada data geolokasi yang dihantar bersama-sama setiap mesej. Kebiasaannya, ini melibatkan pengguna peranti Android dan juga iOS sahaja.

Facebook Messenger Lokasi

Daripada percubaan kami untuk pemalam berkenaan, ia memperlihatkan data berkaitan lokasi seseorang yang menghantar mesej kepada anda, termasuk dari mana mereka menghantar – sekaligus menunjukkan lokasi yang sering dikunjungi serta sebagainya. Data yang dipaparkan juga amat tepat, malah boleh ke sehingga 3 meter tepat lokasi paparannya.

Bagi mengelakkan perkara ini, apatah lagi memandangkan ia boleh diakses oleh rakan anda yang lain, anda boleh menamatkan sokongan lokasi ini.

Pada peranti Android, anda hanya perlu tekan pada butang Setting (pada penjuru kanan atas aplikasi Facebook Messenger), dan pada Location, anda matikan sokongan tersebut.

Pada iPhone pula, anda boleh mematikannya dengan ke laman tetapan Settings, seterusnya ke Location Services dan matikan pilihan Facebook Messenger.

Facebook Messenger

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd