Cari @ Amanz

Xiaomi kini telah pun mengemaskini aplikasi Xiaomi Mi Band mereka yang dipanggil Mi Fit, dimana melalui kemaskini baru ini, Xiaomi menambah sokongan integrasi untuk Google Fit. Ini sekaligus menjadikan Mi Band sebagai salah satu peranti boleh-pakai yang menarik untuk didapatkan – dimana selain daripada harganya yang rendah, ia juga hadir dengan sokongan Google Fit.

Xiaomi Mi Band

Xiaomi Mi Band telah mula dijual di Malaysia sejak penghujung tahun lepas pada harga RM59. Aplikasi Mi Fit sendiri membolehkan para pengguna untuk memantau beberapa perkara, termasuk data berkaitan dengan kecergasan, memantau aktiviti tidur, selain turut digunakan untuk memberikan gegaran ketika menerima panggilan dan sebagainya.

Dengan integrasi Google Fit ini, ia membolehkan pengguna menghubungkan Mi Band terus ke akaun Google, dan menyimpan data padanya. Ini akan memudahkan pengurusan data anda, selain mengintegrasikan data anda dengan sejumlah peranti boleh-pakai yang lain.

Bagi pengguna Xiaomi Mi Band, anda boleh mengemaskini aplikasi Mi Band anda hari ini, dan mengambil kelebihan integrasi Google Fit ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd