Cari @ Amanz

Dengan acara WWDC 2015 yang bakal diadakan pada bulan Jun ini, pelbagai desas-desus baru hadir berkaitan dengan platform operasi mudah-alih terbaru Apple, iaitu iOS9. Terkini, laporan baru hadir hari ini mengatakan Apple bakal mengintegrasikan sokongan pembantu pintar seumpama Google Now pada iOS 9 kelak, membolehkan pengguna mengetahui sesuatu info berdasarkan keadaan dan lokasi tanpa perlu bertanyakan kepada Siri.

Projek baru ini dikenali dengan nama kod “Proactive” di Apple, dimana ia bakal menarik data daripada pelbagai aplikasi, termasuk Siri, Contacts, Passbook, Calendar dan sejumlah aplikasi pihak ketiga dalam memaparkan data yang diperlukan untuk anda mengikut lokasi dan keadaan. Apple juga dikatakan akan memaparkan info yang diperlukan berdasarkan kepada penggunaan seseorang.

Buat masa ini, laporan ini dikategorikan sebagai desas-desus awal, dan pelbagai perkara boleh berlaku pada pengenalan iOS9 kelak. Berkemungkinan Apple hanya memperkenalkan sebahagian fungsi asas sahaja ketika itu, ataupun mungkin akan mengumumkannya secara penuh.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Apple pada 9 Jun kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd