EA Bakal Berkongsi Maklumat Awal Berkaitan Permainan FIFA16 Esok

EA Bakal Berkongsi Maklumat Awal Berkaitan Permainan FIFA16 Esok

Diterbitkan pada Mei 28, 2015 oleh .

Electronic Arts pada minggu lepas telah berkongsi mengenai permainan popular Need For Speed terbaru mereka, dan pada minggu ini, EA melalui akaun Tweet mengatakan mereka akan berkongsi maklumat awal mengenai FIFA16 seawal esok.

FIFA merupakan permainan bola sepak daripada Electronic Arts, membolehkan pengguna memainkan simulasi permainan bola sepak, dimana turut boleh menggunakannya untuk bersaing dengan rakan-rakan lain.

FIFA 16

Masa pengumuman yang dipilih oleh EA ini agak menarik, memandangkan ramai peminat bola yang sedang membincangkan mengenai tahanan yang berlaku terhadap pegawai FIFA di atas tuduhan rasuah.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh EA esok untuk permainan FIFA 16 ini.


TIPS & ULASAN