Microsoft Memperkenalkan Office Lens Untuk Android – Memudahkan Anda Mengimbas Dokumen Fizikal

Microsoft Memperkenalkan Office Lens Untuk Android – Memudahkan Anda Mengimbas Dokumen Fizikal

Diterbitkan pada Mei 28, 2015 oleh .

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan sokongan teknologi untuk mengimbas teks pada kertas mahupun papan putih, dan seterusnya mengubah ia kepada paparan digital. Terkini, Microsoft turut menawarkan sokongan sama untuk pengguna Android melalui aplikasi baru mereka dinamakan sebagai Office Lens.

Office Lens Android

Office Lens Android

Office Lens Android

Namun, berbeza dengan pelbagai aplikasi lain, salah satu perkara yang membezakan penawaran Microsoft Office Lens ini adalah integrasi teknologi OCR. Menggunakannya, ia akan mengenal-pasti teks yang terdapat pada gambar yang diimbas, kemudian memudahkan para pengguna untuk membuat carian atau menyuntingnya menggunakan Word atau PowerPoint. Setiap gambar yang diimbas juga turut boleh disimpan terus ke OneNote dan OneDrive dengan mudah.

Bagi anda yang banyak terlibat dengan pengurusan dokumen, mungkin Office Lens ini akan membantu anda. Anda boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini terus daripada Google Play Store untuk Android, ataupun di Apple AppStore untuk iPhone serta iPad.

Muat-Turun Office Lens untuk Android


TIPS & ULASAN