Cari @ Amanz

Dengan ratusan juta pengguna yang menggunakan perkhidmatan sosial Facebook setiap hari, salah satu perkara yang menjadi igauan adalah berkenaan dengan keselamatan, dan mengelak akaun digodam serta sebagainya. Facebook pernah mencuba sebuah fungsi semakan sekuriti tidak lama sebelum ini, dan mungkin impaknya tidak begitu besar.

Terkini, gergasi sosial berkenaan turut mengumumkan yang mana mereka sedang dalam proses memperkenalkan ujian semakan sekuriti dalam memastikan para pengguna kekal selamat.

Facebook Sekurity

Menggunakannya, pengguna boleh membuat semakan berkaitan sesi-sesi Facebook mereka yang masih aktif pada peranti lain, mengubah kata-laluan, menyemak Login Alerts dan sebagainya dengan mudah pada tetingkap sama.

Seperti biasa ujian ini diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin semua akan dapat mengaksesnya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd