Cari @ Amanz

Terdapat beberapa peranti yang menyokong penstriman kandungan daripada peranti mudah-alih ke televisyen dan monitor, dan salah satu yang popular dan digunakan ramai adalah Chromecast. Selain Google, kini, Lenovo turut memperkenalkan sebuah peranti dengan fungsi seumpamanya, dinamakan sebagai Lenovo Cast.

Lenovo Cast

Lenovo Cast hadir dalam rekaan berbentuk bulat sebesar tapak tangan, dan boleh dihubungkan ke televisyen atau skrin paparan lain melalui sokongan HDMI. Ia menggunakan teknologi DLNA dan Miracast untuk menerima kandungan dan menghantarnya ke paparan melalui HDMI.

Dari segi sokongan, Lenovo mengatakan ia menyokong telefon Android dan iOS, selain peranti terpilih berasaskan Windows 8.1.

Lenovo Cast ini bakal dijual di pasaran bermula Ogos pada harga $49 (~RM178).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd