Cari @ Amanz

Lenovo pada Mobile World Congress yang lepas telah memperkenalkan Lenovo Vibe Shot, salah satu telefon pintar terbaru dengan fokus terhadap kamera. Terkini, ia dikatakan telefon pintar tersebut akan memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan Ogos 2015 kelak.

Lenovo Vibe Shot

Lenovo Vibe Shot membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh. Menjadi fokus utama adalah kamera belakangnya yang membawakan lensa 16-megapixel, serta dilengkapi dengan sokongan OIS serta inframerah. Lenovo turut menyertakan beberapa mod rakaman khusus, selain turut butang fizikal khusus untuk rakaman.

Spesifikasi lain yang turut disertakan adalah termasuk cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 3GB RAM, serta kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini turut menyokong dwi-SIM, serta hadir dengan bateri berkapasiti 2900mAh.

Dengan spesifikasi pertengahan, tetapi fokus terhadap kamera, Lenovo dijangka menawarkannya sekitara RM1300 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd