Lenovo Memperlihatkan Konsep Jam Pintar Dengan Dua Skrin Berteknologi Magic View

Lenovo Memperlihatkan Konsep Jam Pintar Dengan Dua Skrin Berteknologi Magic View

Diterbitkan pada Mei 28, 2015 oleh .

Sungguhpun jam pintar semakin diterima oleh pengguna, ia masih mempunyai beberapa kekurangan apabila dibandingkan dengan sebuah telefon pintar. Paparan skrin yang kecil contohnya menghadkan ruang untuk penggunaan aplikasi peta. Menyedari hakikat ini Lenovo memperlihatkan konsep jam tangan pintar dengan skrin kedua pada bahagian tali. Paparan skrin kedua ini diberi nama Magic View. Apakah membuatkan paparan skrin kedua Magic View lebih baik berbanding paparan sebelum ini?

Lenovo-Magic-View-1

Menurut Lenovo apabila pemakai meletakkan mata berhampiran skrin Magic View, ia akan memberikan paparan maya seperti melihat skrin yang lebih besar.  Skrin Magic View ini juga hanya boleh dilihat oleh pemakai dan ini mengekalkan privasi pengguna ketika menonton video di tempat awam. Rekaan jam tangan konsep ini adalah seakan-akan sebuah Motorola Moto 360. Nampaknya Lenovo menggunakan kepakaran Motorola yang kini dimiliki oleh mereka sejak Oktober tahun lalu.

 


TIPS & ULASAN