Reelcase : Cangkerang iPhone Dengan Tali Gantung Leher Terbina

Reelcase : Cangkerang iPhone Dengan Tali Gantung Leher Terbina

Diterbitkan pada Mei 28, 2015 oleh .

Pada zaman awal penggunaan telefon mudah alih, terdapat trend menggantung peranti anda di leher. Alasannya ialah untuk menunjuk-nunjuk telefon pintar apakah yang anda gunakan kepada orang ramai. Telefon mudah alih pada waktu tersebut menjadi aksesori seperti rantai dan menjadi status kekayaan seseorang. Trend ini tidak lagi wujud kerana ramai menyedari ia menjadikan anda magnet kepada peragut. Tetapi ini tidak bermakna peranti pintar anda tidak harus digantung lagi. Sebenarnya di dalam beberapa situasi anda mahukan peranti tergantung supaya mudah diakses. Oleh itu cangkerang iPhone Reelcase kini wujud di pasaran.

Reelcase-1

Pada bahagian belakang cangkerang ini terdapat lanyard terbina. Apabila diperlukan ia boleh ditarik keluar dan digunakan untuk menggantungkan peranti pada leher. Kini anda boleh menunggang motosikal dan mendaki bukit dengan tenang tanpa perlu risau peranti terjatuh ketika cuba dikeluarkan dari poket. Ia akan tergantung pada leher bagi memudahkan penggunaan. Selepas tidak lagi diperlukan tali boleh disimpan semula dengan kemas. Cangkerang ini menyokong iPhone 5, 5S dan 6. Harga jualan puala ialah $29 sebuah.

Reelcase-2

 


TIPS & ULASAN