Telefon pintar dengan projektor terbina bukan sesuatu yang baru, tetapi kini Lenovo hadir dengan sebuah konsep baru, membolehkan projektor tersebut memancarkan ia ke permukaan, dan membolehkan pengguna berinteraksi dengan menggunakannya.
Dinamakan sebagai Smart Cast, Lenovo menamakannya sebagai telefon pintar pertama dengan laser projektor terbina. Ia boleh digunakan dalam dua mod, iaitu memancarkan skrin ke dinding untuk memaparkan kandungan media dan menikmatinya, selain memancarkan skrin ke hadapan anda dan berinteraksi menggunakannya.
Konsep kedua tersebut agak menarik, dimana sebagai contoh anda boleh membuka dokumen dan kemudian memancarkan papan kekunci ke arah anda untuk menaip terus padanya.
Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui sama ada pihak Lenovo akan menjual peranti ini secara meluas, ataupun ia hanya sekadar memperlihatkan teknologi mereka sahaja. Bagi anda, jika ia dijual, adakah anda akan mendapatkannya?