Asus Mula Menjual Zenfone 2 Dengan 4GB RAM Melalui Asus Online Store

Asus Mula Menjual Zenfone 2 Dengan 4GB RAM Melalui Asus Online Store

Diterbitkan pada Mei 28, 2015 oleh .

Jualan melalui kedai dalam-talian kini menjadi pilihan lebih ramai pengguna, dan pihak Asus telah melancarkan Asus Online Store untuk memudahkan pengguna mendapatkan peranti dan produk mereka sejak daripada tahun lepas. Pelbagai peranti ditawarkan melaluinya, dan terkini mereka telah menambah penawaran telefon pintar terbaru mereka, iaitu Asus Zenfone 2 dengan memori sehingga 4GB RAM.

Asus Zenfone 2

Asus Zenfone 2

Sebelum ini, Asus Malaysia telah menawarkan Zenfone 2 melalui Asus Online Store, tetapi tidak menawarkan versi 4GB RAM. Versi peranti tersebut hanya ditawarkan bermula hari ini.

Seperti biasa, pengguna boleh mendapatkan variasi berstoran 32GB pada harga RM1099, ataupun dengan storan 64GB pada harga RM1299. Penawaran lain termasuk kamera belakang 13-megapixel, skrin bersaiz 5.5-inci dan cip Intel Atom adalah lebih kurang sama.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan melalui Asus Online Store, dan menerimanya di rumah anda dalam jangka masa sekitar 3 hari.

Layari : Asus Online Store


TIPS & ULASAN