Pra-Jualan Huawei P8 Akan Dimulakan Pada 2 Jun – Ditawarkan Bersama Talkband B2

Pra-Jualan Huawei P8 Akan Dimulakan Pada 2 Jun – Ditawarkan Bersama Talkband B2

Diterbitkan pada Mei 28, 2015 oleh .

Huawei telah melancarkan Huawei P8 pada bulan lepas, dan kini mereka dalam persiapan akhir untuk melancarkan telefon pintar berkenaan untuk pasaran tempatan. Huawei sedia menjadualkan acara pelancaran di Singapura pada 1 Jun kelak, tetapi kini lebih awal, mereka telah memulakan pendaftaran minat untuk jualan Huawei P8 dan juga Huawei Talkband B2 di Malaysia.

Huawei P8

Huawei P8

Huawei P8

Huawei masih tidak mengumumkan harga jualannya lagi buat masa ini. Tetapi daripada apa yang dikongsikan di laman Facebook, Huawei dilihat akan memulakan pra-jualan untuk Huawei P8 bersama-sama Talkband B2 pada 2 Jun ini melalui laman VMall. Tiada harga yang diumumkan buat masa ini, tetapi Huawei mengatakan mereka akan menyediakan aksesori percuma, selain kupon diskaun untuk Talkband B2 bagi pembelian Huawei P8.

Bagi anda yang menantikan untuk mendapatkan telefon pintar Huawei P8 ini, anda boleh mendaftarkan minat hari ini di laman VMall.

Huawei P8 merupakan telefon pintar terbaru daripada Huawei yang telah dilancarkan pada bulan April lepas. Ia membawakan rekaan berasaskan logam, skrin bersaiz 5.2-inci, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 930. Menjadi salah satu fokus pada peranti ini adalah kamera belakang 13-megapixel yang mana turut dilengkapi dengan beberapa sokongan menarik, termasuk kebolehan untuk merakamkan gerakan cahaya dan sebagainya.

Daftar Minat : Huawei P8

Baca : Pandang Pertama Huawei P8


TIPS & ULASAN