Cari @ Amanz

Kasut pintar masih lagi baru, dan teknologinya masih tidak mendapat perhatian ramai buat masa ini. Terkini, hari ini bersempena Lenovo Tech World, gergasi perkomputeran dan teknologi daripada China berkenaan turut memperlihatkan satu lagi produk konsep mereka, iaitu sebuah kasut pintar.

Lenovo Smart Shoe

Lenovo Smart Shoes ini boleh diintegrasikan dengan telefon pintar, dan ia turut menyertakan sebuah skrin paparan yang memaparkan mood anda pada peranti berkenaan.

Sokongan lain seperti memberikan arah perjalanan dan sokongan sensor lain turut dijangka akan diintegrasikan pada kasut pintar ini.

Seperti biasa, ia tidak diketahui sama ada pihak Lenovo akan memasarkannya ataupun hanya sekadar memperlihatkan sokongan teknologi boleh-pakai mereka sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd