Google Mengumumkan Android M Developer Preview – Sokongan App Permission, Pengimbas Cap Jari, USB Type-C, Dan Banyak Lagi

Google Mengumumkan Android M Developer Preview – Sokongan App Permission, Pengimbas Cap Jari, USB Type-C, Dan Banyak Lagi

Diterbitkan pada Mei 29, 2015 oleh .

Google hari ini memulakan acara Google I/O dengan berkongsi mengenai beberapa kemaskini yang bakal dibawakan oleh mereka. Menjadi fokus utama mereka adalah mengenai platform operasi Android, dimana mereka telah pun mengumumkan Android M Developer Preview.

Android M Developer Preview

Android M dilihat akan berkongsi kepada enam perkara utama, dan menjadi fungsi pertama yang akan hadir ke Android M adalah App Permission. Menggunakannya, pengguna boleh mengawal apakah kebenaran yang boleh diakses oleh sesuatu aplikasi, sebagai contoh akses ke mikrofon, akses ke GPS dan sebagainya. Pengguna akan dipaparkan dengan tetingkap meminta kebenaran apabila sesuatu aplikasi meminta aksesnya untuk pertama kali, selain mereka turut boleh mengawal ia melalui halaman tetapan seperti biasa.

Android M Developer Preview

Android M Developer Preview

Disamping itu, Google juga turut mengumumkan sokongan Chrome Custom Tabs kepada para pembangun, membolehkan pembangun mengintegrasikan pelayar web Chrome terus ke dalam aplikasi mereka, sekaligus menjadikan pengalaman penggunaan aplikasi lebih menarik – tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan, tetapi pada masa yang sama menawarkan sokongan Chrome penuh kepada para pengguna.

Android M Developer Preview

Android M Developer Preview

Pada Android M juga, Google membolehkan para pembangun menetapkan supaya sesuatu pautan dibuka terus menggunakan aplikasi mereka. Ini membuatkan pengguna tidak lagi perlu untuk membuat pilihan ketika membuka sesuatu pautan dan menjadikan pengalaman pengguna lebih baik.

Android M juga turut mengintegrasikan sokongan Android Pay, memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran bukan sahaja untuk pembelian digital, tetapi juga pada kedai fizikal. Tetapi, seperti biasa, sokongan awal hanya diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat dan akan diperluaskan secara berperingkat kepada semua.

Android M Developer Preview

Disamping itu, Google turut mengumumkan sokongan pengimbas cap jari pada Android M, dan menjadikan sokongan pengimbas cap jari pada Android mempunyai piawaian tersendiri, sekaligus memudahkan lagi para pembangun mengintegrasikan sokongan tersebut digunakan pada aplikasi mereka. Ini sekaligus menandakan lebih banyak peranti akan hadir dengan sokongan pengimbas cap jari di pasaran tidak lama lagi.

Beberapa sokongan lain yang turut diumumkan oleh Google untuk Android M adalah termasuk sokongan USB Type-C, membolehkan pengeluar menyertakan sokongan pengecasan yang lebih pantas, dan menggunakan kabel universal baru yang boleh digunakan secara terbalik. Pengumuman ini sekaligus menandakan lebih banyak peranti Android akan hadir menggunakan sokongan tersebut. Google sendiri telah mengintegrasikan sokongan tersebut pada Chromebook terbaru mereka.

Android M Developer Preview

Android M Developer Preview

Android M Developer Preview

Android M Developer Preview

Android M Developer Preview

Android M Developer Preview

Android M Developer Preview

Google juga turut mengumumkan beberapa sokongan kecil lain yang akan hadir ke Android M, termasuk kemudahan untuk membuat pilihan teks pada peranti, selain memudahkan lagi pengurusan volume pada peranti.

Google akan menawarkan Android M Developer Preview pada hari ini untuk beberapa Nexus sedia ada, dan versi akhirnya dijangka hadir dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN