Cari @ Amanz

Google hari ini telah berkongsi mengenai beberapa produk baru mereka, dimana selain daripada Android M, Google turut sama memperkenalkan salah satu perkhidmatan baru mereka dinamakan sebagai Google Photos.

Google Photos ditawarkan untuk Android, iOS dan juga web bermula daripada hari ini, dimana Google mengatakan mereka menawarkan storan tanpa had untuk perkhidmatan tersebut, membolehkan pengguna menyimpan gambar pada resolusi 16megapixel, serta video pada resolusi 1080p.

Google Photos

Google Photos

Google Photos

Bercakap mengenai Google Photos, pihak Google menyertakan pelbagai beberapa ciri-ciri pintar, selain menjadikannya lebih menarik pada peranti mudah-alih dengan skrin kecil.

Google Photos hadir dengan integrasi carian pintar, membolehkan setiap gambar yang tersimpan pada Google Photos dikategorikan mengikut wajah pengguna, lokasi dan sebagainya.

Pengguna juga boleh menatal dengan mudah dengan sama ada pinch-zoom, atau menatal ia ke bawah dan melihatnya mengikut perkembangan masa.

Google Photos turut mengintegrasikan sebuah sokongan dinamakan Assistant, membolehkan pengguna hadir dengan gambar dan video yang digabungkan secara automatik sebagai sebuah koleksi atau video yang menarik – sebelum ini dikenali sebagai Auto Awesome. Pengguna boleh seterusnya memilih untuk menyimpan ia atau memadamnya.

Google turut mengatakan kini pengguna boleh berkongsi semua gambar dengan mudah, dimana hanya perlu memilih ia dan tap pada butang perkongsian, seterusnya membuat pautan dengan pilihan pertama yang dipaparkan.

Google akan menawarkan Google Photos bermula hari ini untuk Android dan iOS, selain turut membolehkan pengguna mengaksesnya melalui web.

io54

Google Photos

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd