Google Mengumumkan Project Brillo – Sistem Operasi Untuk Peranti Berhubung (IoT)

Google Mengumumkan Project Brillo – Sistem Operasi Untuk Peranti Berhubung (IoT)

Diterbitkan pada Mei 29, 2015 oleh .

Google sedia mempunyai beberapa platform, termasuk Android dan juga Chrome. Hari ini, mereka menambah satu lagi platform dibawah mereka dinamakan sebagai Project Brillo – dimana ia menyasarkan kepada penggunaan peranti berhubung (IoT).

Menurut Google, Project Brillo ini adalah berasaskan kepada Android, tetapi ia lebih dioptimasikan untuk penggunaan peranti berkuasa rendah. Ia menyertakan sokongan Bluetooth LE, WiFi dan sebagainya.

io30

Project Brillo

Disamping Project Brillo, untuk peranti berhubung ini juga, pihak Google turut mengumumkan Weave. Weave ditujukan kepada para pembangun dalam memudahkan setiap peranti berinteraksi antara satu sama lain – sebagai contoh untuk menggunakan kamera dan sebagainya.

Dengan pengenalan kedua-dua ini, Google berharap ia akan menjadi salah satu piawaian untuk peranti berhubung, dan memudahkan lagi ia diintegrasikan dengan platform-platform sedia ada – apatah lagi dengan sokongan pihak Google disebaliknya.

Weave

Weave

Project Brillo akan ditawarkan kepada pembangun bermula suku ketiga 2015 ini, sementara Weave akan menyusul pada suku tahun seterusnya.


TIPS & ULASAN