Google Mengumumkan Sokongan Offline Maps – Membolehkan Navigasi Digunakan Secara Offline

Google Mengumumkan Sokongan Offline Maps – Membolehkan Navigasi Digunakan Secara Offline

Diterbitkan pada Mei 29, 2015 oleh .

Bercakap mengenai sokongan peta offline, salah satu aplikasi yang popular adalah Nokia HERE Maps. Kini, Google turut ingin bersaing dalam arena sama, dan mengumumkan sokongan Google Offline Maps, membawa kepada sejumlah fungsi terbina Google Maps yang boleh digunakan secara offline.

Google Offline Maps

Google Offline Maps

Melalui Google Offline Maps ini, pengguna terlebih dahulu perlu memilih untuk menyimpan sesuatu lokasi untuk diakses secara offline. Sebaik sahaja selesai memuat-turunnya, pelbagai perkara boleh digunakan secara offline.

Google mempertontonkan yang mana Google Offline Maps ini turut menyokong carian termasuk sokongan cadangan carian, selain turut memaparkan cards untuk sesuatu lokasi. Disamping itu, menjadi fokus utama adalah sokongan navigasi pada Maps yang boleh digunakan secara offline.

Google mengatakan sokongan ini akan hadir kepada pengguna dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN