HTC One M9 dan One M9+ Akan Dikemaskini Kepada Android M
HTC

HTC One M9 dan One M9+ Akan Dikemaskini Kepada Android M

Diterbitkan pada Mei 29, 2015 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman pihak Google berkaitan Android M, pihak HTC sekali lagi menjadi yang terawal menyatakan sokongan untuknya, serta mengatakan dua peranti terbaru mereka, iaitu One M9 serta One M9+ akan menjadi yang terawal menerima kemaskini berkenaan.

One M9+20150417_120819

Android M masih lagi pada peringkat pembangunan dan ia akan ditawarkan kepada pengguna umum dalam tempoh masa beberapa bulan lagi. Jikalau mengikut janji pihak HTC sebelum ini, mereka sering mengatakan akan mengeluarkan kemaskini untuk peranti mereka dalam tempoh 90 hari dari tempoh pengenalan akhir Android kepada umum.

Selain kedua-dua peranti ini, HTC turut dijangka akan mengumumkan sokongan Android M kepada sejumlah peranti yang lain, dan mereka mengatakan akan berkongsi lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN