Aplikasi Inbox Daripada Google Kini Boleh Digunakan Semua – Tiada Lagi Jemputan Diperlukan

Aplikasi Inbox Daripada Google Kini Boleh Digunakan Semua – Tiada Lagi Jemputan Diperlukan

Diterbitkan pada Mei 29, 2015 oleh .

Pada bulan Oktober yang lepas, pasukan disebalik GMail telah hadir dengan sebuah aplikasi baru dalam usaha memudahkan akses emel pada peranti mudah-alih dan menyusunnya dalam konteks yang mudah digunakan, dinamakan sebagai Inbox. Ketika pengenalan, seperti biasa jemputan diperlukan untuk menggunakannya, dan kini Google secara rasminya membuka ia untuk digunakan oleh semua tanpa memerlukan sebarang jemputan.

Google Inbox

Selain daripada membukanya kepada semua, Google juga mengemaskini aplikasi inbox dengan beberapa fungsi baru. Salah satunya adalah kebolehan untuk Undo penghantaran emel sekiranya anda mendapati terdapat sebarang kesalahan sebaik sahaja menghantarnya. Seperti biasa, waktu yang terhad disediakan, dan memerlukan anda untuk undo dalam masa tersebut untuk mengelak ia daripada dihantar.

Disamping itu, Google juga turut mengintegrasikan ia dengan Google Keep, membolehkan peringatan yang disimpan di Keep dipaparkan pada Inbox.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Inbox pada Android dan iOS, selain turut menggunakannya melalui beberapa pelayar web yang menyokongnya – termasuk Chrome, dan Firefox.

Layari : Google Inbox


TIPS & ULASAN