Cari @ Amanz

Jika anda menggunakan Android Lollipop, mungkin anda biasa melihat paparan rekaan yang berwarna cerah – terutamanya putih, yang mana mungkin tidak begitu mesra bateri – apatah lagi tidak begitu mesra mata jika digunakan ketika di lokasi tanpa cahaya yang cerah.

Kini, perkara tersebut mungkin diatasi pada Android M kelak. Google melalui Android M Developer Preview yang telah mula ditawarkan ini dilihat menyertakan sebuah mod baru, membolehkan pengguna memilih untuk memaparkan tema cerah ataupun gelap. Disamping itu, pilihan ketiga turut disertakan dinamakan “automatik”, yang mengubah paparan tema bergantung kepada masa.

Android M Dark Theme

Buat masa ini, sokongan tema gelap ini hanya terhad pada paparan halaman tetapan sahaja, dan tidak lagi berfungsi pada aplikasi Google dan sebagainya. Memandangkan ia masih Developer Preview, maka mungkin Google belum siapkan sepenuhnya, dan mungkin kita boleh melihatnya beraksi sepenuhnya pada versi akhir kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd