Carian
Android M Developer Preview Boleh Di Muat-Turun Untuk Nexus 5, 6, 9 Dan Nexus Player
May 29, 2015 Aman

Lanjutan daripada pengumuman pihak Google berkaitan Android M Developer Preview, mereka juga kini telah menerbitkan fail pemasangannya untuk para pembangun, sekaligus membolehkan para pembangun untuk memuat-turun dan menggunakannya pada peranti, termasuk dalam pembangunan aplikasi mereka.

Nexus 9

Melalui Android M Developer Preview, beberapa fungsi baru yang turut disertakan adalah sokongan kawalan kebenaran untuk aplikasi (App Permission), Doze dan App Standby untuk penjimatan kuasa bateri, sokongan Google Now baru, serta sejumlah API baru yang boleh digunakan dalam pembangunan.

Android M Developer Preview ini hanya ditawarkan untuk Nexus 5, Nexus 6, Nexus 9 dan juga Nexus Player sahaja. Jika anda mempunyainya dan menggunakannya dalam membangunkan aplikasi, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba Android M Developer Preview. Hendaklah diambil perhatian yang mana versi ini masih tidak stabil sepenuhnya, dan mungkin terdapat pelbagai masalah dan tidak sesuai untuk digunakan pada peranti kegunaan harian anda.

Komen