Cari @ Amanz

Pengumuman paling menarik dari EA Sports tentang FIFA 16 tahun ini ialah kewujudan 12 pasukan bolasepak wanita. Anda boleh memilih untuk bermain pasukan wanita Jerman, USA, Perancis, Sweden, England, Brazil, Kanada, Australia, Sepanyol, China, Itali dan Mexico. Jika selama ini anda mahu beramin sebagai Alex Morgan, Marta ,Abby Wambach ataupun Nadine Keßler kini akan menjadi realiti. Kemampuan bermain pasukan wanita diberikan bagi mengiktiraf kemampuan mereka dan menyedari bahawa  bola sepak bukan sukan eksklusif kepada lelaki sahaja

FIFA-16-female

EA Sports melakukan imbasan penuh kesemua pemain skuad wanita 12 negara ini dan turut menghasilkan animasi baru khas untuk mereka. Malang sekali kami difahamkan 12 pasukan wanita hanya boleh berlawan sesama sendiri. Tetapi kami yakin pasti akan ada MOD yang dihasilkan kelak untuk membenarkan pasukan wanita menentang pasukan lelaki. Mungkin boleh melakukan simulasi Harimau Malaya menentang pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat. FIFA 16 akan menemui peminat September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd