Cari @ Amanz

PathDaum Kakao, syarikat disebalik perkhidmatan permesejan KakaoTalk hari ini secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan perkhidmatan sosial Path dan juga perkhidmatan permesejan dibawah jenama sama, iaitu Path Talk.

Bagi yang tidak mengenali akan Path, ia merupakan salah satu perkhidmatan sosial yang memfokuskan kepada privasi dan memudahkan perkongsian antara rakan-rakan dan ahli keluarga. Ia boleh dikatakan tidak begitu popular jikalau dibandingkan dengan Facebook dan Twitter, tetapi Path mempunyai peminatnya tersendiri – terutamanya di rantau Asia Tenggara ini.

Untuk Daum Kakao, pengambil-alihan Path ini memberikan akses kepada angka pengguna di rantau Asia Tenggara, salah satu rantau yang sukar untuk mereka mendapatkan pengguna – apatah lagi dengan persaingan sengit daripada LINE, WeChat dan sebagainya.

Path dan Path Talk akan kekal beroperasi seperti biasa, walaupun selepas pengambil-alihan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd