Cari @ Amanz

Celcom pada suku kedua tahun ini dilihat telah memperkenalkan pelbagai pelan prabayar dan pelan pascabayar terbaru di rangkaian mereka. Salah satu pelan pascabayar terbaru adalah pelan FIRST Basic 38 dan menariknya ia menawarkan kuota internet 3GB dengan bayaran langganan bulanan yang mampu dimiliki pada harga RM38.

Menyedari hakikat yang semakin lama semakin ramai menggunakan telefon pintar dengan penekanan pada data, pelan ini juga turut hadir dengan tambahan kuota 3GB WiFi yang boleh digunakan di WiFi hotspot Celcom. Sekiranya ditambah dengan kuota 3GB Internet yang tersedia, pelanggan mempunyai banyak data dan boleh digunakan untuk menggunakan perkhidmatan internet. Manfaat melanggan pelan ini dengan Celcom adalah mereka mempunyai penawaran internet laju dengan kawasan liputan yang meluas di seluruh Malaysia.

112-299-entrybanner

Salah satu perkara yang menarik berkenaan pelan ini adalah sekiranya terdapat kuota data internet yang tidak digunakan, baki kuota tersebut boleh dibawa ke hadapan. Ini bermakna, sekiranya pelanggan hanya menggunakan 2GB Internet pada bulan ini, bakinya 1GB akan dibawa ke bulan hadapan menjadikan jumlah kuota internet untuk bulan hadapan tersedia sebanyak 4GB. Sekiranya pada bulan tersebut pelanggan tidak menggunakan kuota internet tersedia, baki maksimum 3GB juga boleh dibawa kehadapan.

Selain itu pelan ini turut menyediakan kuota panggilan percuma sebanyak 50 minit untuk semua rangkaian dan kuota SMS percuma sebanyak 50 SMS ke semua rangkaian. Selepas keseluruhan kuota tersebut digunakan, setiap panggilan, panggilan video, SMS dan MMS ke semua rangkaian akan dicaj 15 sen setiap satu.

screenshot_411

Celcom turut menawarkan promosi pada tempoh terhad selama tiga bulan ini dimana bagi mereka yang mendaftar dengan pakej ini akan turut memperoleh kuota data percuma sebanyak 1GB Internet dan juga 1GB WiFi. Kuota data percuma ini akan kekal diperoleh selagi mana pengguna melanggan pelan First Basic 38.

Sekiranya sebelum ini mungkin anda tidak menggunakan pelan pascabayar disebabkan komitmen bulanan yang tidak memenuhi citarasa anda atau tidak mahu terikat dengan pelan tersebut, pelan ini memberikan kebebasan dimana pelanggan tidak akan terikat dengan sebarang kontrak apabila melanggan pelan pascabayar FIRST Basic 38 ini. Dengan pelan First Basic 38 ini penawaran yang diberikan dilihat mampu milik dan berbaloi untuk dilanggani.

Penafian: Advertorial dari Celcom

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd