WhatsApp (Beta) Untuk Windows Phone Akhirnya Menerima Sokongan Panggilan Suara

WhatsApp (Beta) Untuk Windows Phone Akhirnya Menerima Sokongan Panggilan Suara

Diterbitkan pada Mei 29, 2015 oleh .

WhatsApp telah memperkenalkan sokongan panggilan suara beberapa bulan yang lepas, dimana ia diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Android, iOS dan BlackBerry. Kini, pengguna Windows Phone juga turut telah menerima kemaskini berkenaan membolehkan mereka menerima dan membuat panggilan terus melalui WhatsApp.

WhatsApp Call

Seperti untuk platform lain, WhatsApp turut memperkenalkan fungsi panggilan suara ini secara berperingkat. Walaupun anda telah mengemaskini WhatsApp untuk Windows Phone ke versi terkini – iaitu 2.12.38, ada kemungkinan ia tidak akan diperlihatkan terus, dan akan mengambil masa beberapa hari selepasnya.

Dengan pengenalan fungsi panggilan untuk Windows Phone ini secara berperingkat, kita mungkin akan dapat melihat ia diperkenalkan secara meluas dalam kemaskini akan datang.

Muat-Turun WhatsApp untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN