Cari @ Amanz

Angkat tangan berapa ramai di kalangan pembaca Amanz adalah golongan ibu dan bapa kepada anak kecil. Anda pastinya pernah mengalami dilema masalah dunia pertama ini. Anak anda perlu disusukan tetapi anda masih mahu menggunakan peranti pintar. Kerana anda homosapien anda hanya mempunyai maksimum sepasang tangan sahaja. Apabila bayi sudah dipangku dan botol dipegang anda tidak boleh menggunakan peranti pintar dengan mudah.

beebo-1

Oleh itu Beebo dihasilkan. Ianya pemegang botol bayi yang melekap pada bahagian bahu. Kini sebelah tangan anda bebas digunakan bagi memegang peranti pintar ataupun memegang buku. Kedudukan botol boleh dilaraskan mengikut keselesaan bayi. Kini ibu bapa moden yang tidak boleh melepaskan diri dari menggunakan peranti pintar sepanjang masa boleh menyusukan bayi mereka dengan tenang. Beebo dijual pada harga $35 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd