Cari @ Amanz

BlackBerry telah memperkenalkan aplikasi permesejan mereka, BBM untuk beberapa platform lain sebelum ini termasuk Android. Tetapi sejak pengenalannya, ia menggunakan rekaan yang lebih kurang sama seperti pada BlackBerry dan boleh dikatakan tidak begitu mesra pengguna untuk pengguna Android.

BBM Android

Kini, setelah sekian lama, pihak BlackBerry melalui Twitter memberikan petanda yang mana mereka mungkin bakal memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi mereka dengan rekaan antaramuka baru – berkemungkinan khusus untuk Android. Perkara tersebut tidak dinyatakan oleh BlackBerry, tetapi ikon yang dikongsikan melalui laman Twitter memberikan contoh rekaan Material Design, sekaligus memberikan petanda kemaskini untuk versi Android mungkin hadir tidak lama lagi.

Mungkinkah pengenalan rekaan baru ini akan menjadikan pengguna Android lebih gemarkan menggunakan BBM sebagai platform komunikasi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd