Google Memperkenalkan Hands Free – Pembayaran Dengan Arahan Suara

Google Memperkenalkan Hands Free – Pembayaran Dengan Arahan Suara

Diterbitkan pada Mei 30, 2015 oleh .

Google pada acara Google I/O telah mengumumkan sokongan Android Pay yang akan membolehkan para pengguna membuat pembayaran terus menggunakan telefon pintar Android mereka dengan mudah. Tetapi bukan itu sahaja yang diuji mereka, sebaliknya mereka juga sedang menguji sebuah lagi fungsi baru dinamakan sebagai Google Hands Free.

Google Hands Free

Melalui fungsi ini, pengguna tidak perlu mengeluarkan sebarang peranti mereka ketika ingin membuat pembayaran, sebaliknya hanya menyebut “I would like to pay with Google”. Teknologi disebaliknya tidak diketahui sepenuhnya, tetapi berkemungkinan pihak Google mengesan peranti berdekatan, selain menggunakan faktor geolokasi dan beberapa perkara lain dalam menjayakan pembayaran berkenaan.

Google mengatakan Hands Free tidak memerlukan anda untuk mengeluarkan sebarang kad untuk pembayaran, sekaligus membuatkan anda tidak perlu berkongsi maklumat berkaitan kad kredit anda. Sebaik sahaja sesuatu pembayaran berjaya dilakukan, pengguna akan menerima notifikasi terus pada telefon pintar mereka.

Google akan memulakan ujian Hands Free ini secara terhad di San Fransisco, Amerika Syarikat dan mungkin kita akan dapat melihat maklumbalas berkaitan dengannya tidak lama lagi.

Layari : Google Hands Free


TIPS & ULASAN