Google Photos Sedia Dimuat-Turun Pengguna Android Dan iOS Di Malaysia

Google Photos Sedia Dimuat-Turun Pengguna Android Dan iOS Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 30, 2015 oleh .

Google telah memperkenalkan Google Photos dua hari yang lepas, dimana ketika pengenalannya, ia hanya terhad kepada beberapa buah negara sahaja. Kini, hari ini Google telah mula menawarkannya kepada pengguna tempatan, membolehkan anda memuat-turun dan menggunakannya.

Google Photos telah diperkenalkan oleh Google sebagai kemaskini kepada aplikasi Photos sebelum ini. Bezanya, sebelum ini ia dihubungkan kepada Google+, tetapi melalui versi baru ini ia diasingkan dan turut hadir dengan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya.

Google Photos

Menggunakan aplikasi Photos ini, ia menyusun pelbagai gambar anda mengikut masa, selain memudahkan anda membuat carian berdasarkan wajah, lokasi dan sebagainya. Pengguna turut boleh membuat carian untuk sesuatu objek, dan Google akan memaparkan hasil yang berkaitan menggunakan teknologi disebalik carian mereka dalam mengenal-pasti objek dalam gambar berkenaan.

Google juga turut melengkapkannya dengan fungsi penyuntingan, selain aplikasi ini turut akan hadir dengan beberapa video secara automatik dengan mengabungkan beberapa gambar dan menggunakan lagu tema padanya. Seperti biasa, pengguna boleh memilih untuk menggunakannya, atau memadamkannya daripada akaun mereka.

Google Photos menawarkan storan tanpa had untuk gambar pada resolusi 16-megapixel serta video 1080p. Mereka turut menyediakan ruangan storan sebesar 15GB untuk menyimpan gambar pada resolusi asal.

Anda yang menggunakan peranti Android, iPhone atau iPad, boleh memuat-turun Google Photos hari ini secara percuma, dan menggunakannya dalam menguruskan gambar dan video anda.

Muat-Turun Google Photos untuk Android

Muat-Turun Google Photos untuk iOS


TIPS & ULASAN