Oppo Mengumumkan Kerjasama Dengan Pasukan Bola Sepak Barcelona FC

Oppo Mengumumkan Kerjasama Dengan Pasukan Bola Sepak Barcelona FC

Diterbitkan pada Mei 31, 2015 oleh .

Barcelona FC merupakan salah satu pasukan bola sepak yang terkemuka dari Eropah, dan hari ini, Oppo secara rasminya mengumumkan kerjasama dengan Barcelona untuk tujuan pemasaran. Kerjasama untuk kedua-dua pihak ini akan berterusan selama tiga tahun lamanya.

Oppo Barcelona

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan berkolaborasi untuk tujuan promosi, pengiklanan televisyen, dan pada masa yang sama juga untuk aksesori. Maka, tidak mustahil untuk kita melihat kerangka, aksesori ataupun penawaran telefon edisi khusus bersempena tema Barcelona FC daripada Oppo.

Kerjasama ini seperti biasa dijangka akan menguntungkan kedua-dua pihak, malah jenama Oppo akan diperlihatkan pada perlawanan di Camp Nou, selan membolehkan jenama mereka lebih kukuh di rantau Eropah.

Oppo Barcelona


TIPS & ULASAN