NVIDIA Mengumumkan GeForce GTX 980-Ti – GPU Flagship Terbaru Daripada Mereka

NVIDIA Mengumumkan GeForce GTX 980-Ti – GPU Flagship Terbaru Daripada Mereka

Diterbitkan pada June 1, 2015 oleh .

Computex akan bermula secara rasminya pada minggu ini, dan hari ini, pihak NVIDIA menjadi terawal untuk memperkenalkan penawaran terbaru mereka untuk para pengguna dunia gaming dan multimedia, dengan mengumumkan kad grafik terbaru mereka, dinamakan sebagai NVIDIA GeForce GTX 980-Ti.

NVIDIA GeForce GTX 980 Ti

NVIDIA GeForce GTX 980-Ti ini merupakan kad grafik flagship terbaru daripada mereka, dikatakan berkuasa lebih 3 kali ganda berbanding dengan GTX 680. NVIDIA dilihat lebih memfokuskan kepada sokongan gaming pada resolusi 4K dengan kad grafik ini sekaligus membawa dunia gaming setapak ke hadapan.

Ia turut dilengkapi dengan memori 6GB, dan turut menyokong DirectX 12 daripada Microsoft. Selain daripada itu, NVIDIA juga menekankan kad grafik ini beroperasi dengan lebih senyap dan sejuk berbanding yang lain, selain turut membawakan rekaan yang lebih kompak berbanding kebiasaan.

Harga jualan rasmi untuk pasaran tempatan masih belum diumumkan lagi, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN