Carian
NVIDIA Membawa Sokongan G-Sync Ke Komputer Riba
June 1, 2015 Aman

Selain pengenalan GPU baru, pada Computex 2015 juga, pihak NVIDIA mengambil peluang untuk mengumumkan G-Sync untuk komputer riba, sekaligus membawa kelebihan teknologi yang memfokuskan dunia gaming berkenaan setapak kehadapan lagi. Bersama-sama pengumuman ini, NVIDIA juga turut berkongsi rakan kerjasama mereka yang akan mula menawarkan sokongan tersebut secara terbina pada komputer riba keluaran mereka.

NVIDIA GSync

NVIDIA G-Sync merupakan salah satu teknologi yang dibawakan oleh NVIDIA yang membolehkan kadar segar-semula paparan skrin diselarikan dengan kadar output daripada GeForce GPU. Sebelum ini, sejumlah monitor untuk desktop telah hadir dengan sokongan ini, dan kini ia turut diperkenalkan untuk pengguna komputer riba.

Untuk pengenalan, NVIDIA mengumumkan sejumlah komputer riba memfokuskan gaming daripada ASUS, AQRUS, Clevo dan MSI akan ditawarkan dengan fungsi G-Sync secara terbina kelak pada bulan ini.

NVIDIA juga turut mengumumkan yang mana mereka turut membawakan beberapa perkara baru untuk G-Sync, termasuk sokongan pada windowed-mode. Fungsi ini boleh dinikmati dengan mengemaskini driver yang akan ditawarkan bermula hari ini.

Komen