5 Perkara Yang Mungkin Anda Ingin Tahu Mengenai Penawaran Tukar-Ganti iPhone 6 Daripada Maxis

5 Perkara Yang Mungkin Anda Ingin Tahu Mengenai Penawaran Tukar-Ganti iPhone 6 Daripada Maxis

Diterbitkan pada June 10, 2015 oleh .

Peranti iPhone 6 yang mula dijual pada tahun lepas meskipun tampak ‘lama’ jika dikira dari tarikh mula ia dijual di Malaysia, telefon tersebut masih menerima sambutan yang hangat dan dimahukan pengguna. Maxis baru-baru ini telah mula menawarkan program tukar-ganti iPhone 6 dan iPhone 6 Plus bagi membawakan telefon pintar tersebut kepada lebih ramai pengguna dengan tawaran yang menarik.

Menerusi tawaran tersebut, harga peranti iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang dijual apabila melanggan pakej tertentu akan ditolak berdasarkan pemberian telefon yang ditukar ganti. Seperti contoh sekiranya anda memiliki Blackberry Classic, ia bernilai RM 500 dan apabila anda melanggan iValue 1, iPhone 6 16GB yang asalnya ditawarkan pada harga RM 1709 akan ditolak RM 500, menjadikan ia RM 1209.

Maxis Bayar Minima RM200 Untuk Sebarang Telefon
Maxis iPhone 6 TradeUp

Jika anda mempunyai sebarang telefon pintar lama, Maxis akan membayar minima RM200 untuk telefon tersebut. Seperti contoh sekiranya anda mempunyai Samsung Galaxy S ataupun iPhone 3GS, telefon tersebut boleh ditukar untuk nilai RM 200.

Telefon Bimbit Turut Diterima Dengan Nilai Minima RM200
Maxis Tukar Ganti

Menariknya menerusi program tukar ganti ini Maxis turut menerima telefon bimbit yang mempunyai fungsi terhad. Sekiranya anda masih mempunyai telefon seperti Nokia 3310 anda boleh menukarnya dan menerima nilai RM200 untuk program tukar ganti ini.

Maxis Terima Peranti Dengan Skrin Pecah, Asalkan Boleh Berfungsi
Maxis Tukar Ganti

Dilema dan masalah yang dihadapi pemilik peranti yang mempunyai peranti yang retak, kemek dan calar adalah mungkin tiada pekedai yang mahu menerimanya. Maxis menerusi perkongsian mereka bersama kami memberitahu mereka juga turut menerima sebarang peranti telefon pada apa jua keadaan. Jika anda mempunyai HTC One Max yang retak yang mungkin tidak diterima pekedai untuk ditukar ganti, anda masih boleh menukarnya dengan Maxis dan memperoleh nilai RM200 untuk digunakan bagi mendapatkan iPhone 6 baru. Malah jika anda mempunyai peranti dengan penutup belakang calar-balar, dan skrin yang bertompok. Maxis boleh menerima peranti tersebut pada harga minimum RM200.

Model Telefon Nilai Tukar-ganti*
Sebarang Telefon RM200
HTC One M7, Blackberry Q10 RM350
Apple iPhone 4s, Apple iPhone 5C, HTC One Max, Samsung Galaxy S3, Samsung Note 2, Sony Xperia Z1, Blackberry Z30 RM400
Samsung Galaxy S4, Blackberry Classic RM500
Apple iPhone 5, Samsung Note 3 RM600
HTC One M8, Sony Xperia Z2, Blackberry Passport RM700
Samsung Galaxy S5 RM800
Apple iPhone 5s, Sony Xperia Z3 RM850
Samsung Note 4 RM1,200

Boleh Mendapatkan Pada Harga Serendah RM509
iPhone 6 Plus

Terdapat pelbagai pelan dari Maxis yang ditawarkan bersesuaian dengan model iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus. Malah sekiranya anda merupakan pelanggan yang pertama kali mendaftar pelan Maxis dan memilih pelan iValue 3, iPhone 6 16GB yang ditawarkan pada RM 809 akan menjadi RM 509 kerana diskaun RM300 diberikan hasil dari RM 100 kerana pertama kali mendaftar Maxis dan juga jika anda membawa sebarang telefon yang mendapat nilai tukar ganti RM200. Jika anda membawa telefon pintar yang lebih bernilai, sudah tentu anda bakal mendapat penjimatan yang lebih.

Model Pelan
Device Bundle (Komitmen 24-Bulan)
ONEplan + 1GBRM158 iValue 1RM100 iValue 2RM155 iValue 3RM250
iPhone 6 – 16GB RM1,539 RM1,709 RM1,379 RM809
iPhone 6 – 64GB RM1,899 RM2,069 RM1,739 RM1,169
iPhone 6 – 128GB RM2,259 RM2,429 RM2,099 RM1,529
iPhone 6 Plus – 16GB RM1,899 RM2,069 RM1,739 RM1,169
iPhone 6 Plus – 64GB RM2,259 RM2,429 RM2,099 RM1,529
iPhone 6 Plus – 128GB RM2,619 RM2,789 RM2,459 RM1,889

Potongan Tambahan RM100 Sekiranya Beralih Ke Talian Maxis
MyMaxis

Seperti yang dijelaskan diatas, sekiranya pengguna pertama kali mendaftar Maxis atau pengguna beralih ke talian Maxis dari talian lain, pengguna tersebut juga bakal menerima potongan harga RM100 untuk iPhone yang ditawarkan. Jika anda mempunyai telefon biasa yang hanya bernilai minima RM200, anda sudah memperoleh potongan harga RM 300 untuknya, dan boleh digunakan untuk memiliki iPhone 6 atau iPhone 6 Plus baru menerusi tawaran ini.


Jadi tunggu apa lagi. Mungkin tiba masanya peranti yang tidak digunakan dibawa ke cawangan Maxis berhampiran untuk menerima tawaran ini. Perlu diingatkan hanya satu peranti boleh ditukar-ganti dengan satu iPhone 6. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi mereka serta menerusi akaun sosial mereka.

Beli: Tukar-ganti iPhone 6 | iPhone 6 Plus Dengan Maxis

Penafian: Advertorial dari Maxis


TIPS & ULASAN