Windows 10 dikhabarkan akan muncul Julai hadapan. Seperti yang kita sedia maklum kemas kini kepada versi terkini sistem operasi ini dapat dilakukan secara percuma kepada semua pemilik Windows 7 dan 8.1 yang sedia ada. Hari ini notifikasi untuk mengemaskini sistem operasi ini muncul pada komputer pengguna Windows. Pada bucu sebelah kanan talam notifikasi, anda akan melihat logo Windows. Tekan logo tersebut dan sebuah tetingkap akan muncul dan menyuruh anda menyatakan minat untuk mengemaskini.
Anda kemudian akan disuruh meletakkan email anda bagi mengesahkan minat untuk melakukan kemas kini. Apabila Windows 10 dilancarkan kemas kini akan dimuat turun secara automatik. Dari maklumat yang diberikan kemaskini kepada Windows 10 akan mengambil ruang sekitar 3 Gigabyte. Adakah anda semua sudah menerima notifikasi ini? Sekiranya anda pengguna cetak rompak adakah notifikasi yang sama muncul pada komputer milik anda? Kongsikan maklumat di bawah.