Asus Zenfone Selfie Dilancarkan – Kamera Hadapan 13-Megapixel Dengan Dwi-LED

Asus Zenfone Selfie Dilancarkan – Kamera Hadapan 13-Megapixel Dengan Dwi-LED

Diterbitkan pada June 1, 2015 oleh .

ASUS-ZenFone-Selfie

Acara Zensation sedang berlangsung di Computex 2015 dan hari ini Asus memperlihatkan peranti terkini mereka Asus Zenfone Selfie. Dari nama ini anda pasti boleh meneka ia sebuah peranti yang direka khas untuk peminat selfie. Ia mempunyai skrin 5.5″ IPS LCD FHD dan pemproses Qualcomm Snapdragon 615. Kemampuan optik pula ialah kamera depan dan belakang 13 Megapixel. Sokongan flash berganda juga wujud pada bahagian depan serta belakang. Teknologi pemfokusan laser juga turut disokong pada peranti ini. Rekaan mengingatkan kami kepada Zenfone 2 dan terdapat lima pilihan warna. Paling menarik ialah aksesori Zenfone Selfie Swing yang merupakan kayu selfie terbina yang boleh disimpan pada tubuh Zenfone Selfie Swig.

Maklumat penuh spesifikasi, harga dan bilakah akan dijual bakal menyusul selepas ini.

Zenfprn Selfie 9 Zenfprn Selfie 7 Zenfprn Selfie 4


TIPS & ULASAN