Asus Memperkenalkan Transformer Book T100HA – Hadir Dengan USB Type-C Dan Windows 10

Asus Memperkenalkan Transformer Book T100HA – Hadir Dengan USB Type-C Dan Windows 10

Diterbitkan pada June 1, 2015 oleh .

Keluarga Asus Transformer Book bukan sesuatu yang baru, dimana ia menawarkan sokongan peranti hibrid – mengabungkan penggunaan tablet dan komputer riba. Terkini, bersempena dengan Computex, Asus telah memperkenalkan Transformer Book T100HA, yang mana merupakan kemaskini terbaru untuk siri peranti hibrid dari gergasi Taiwan berkenaan.

Asus Transformer Book 2015

Asus Transformer Book T100HA hadir dengan skrin bersaiz 10.1-inci, dan seperti biasa boleh ditanggalkan dan digabungkan ke papan kekunci. Ia dijana menggunakan cip Intel Atom x5 serta memori 4GB RAM. Ini akan membolehkan peranti ini menawarkan kuasa pemprosesan asas untuk tujuan pelayaran web mahupun untuk mengakses dan menyunting dokumen.

Dari segi bateri, ia dijana dengan bateri yang bertahan selama 14-jam, serta Asus turut melengkapkan peranti hibrid ini dengan sokongan USB Type-C – seperti mana diguna pakai pada Chromebook baru dan juga Apple Macbook 12-inci.

Asus tidak mengumumkan harga jualannya lagi, dan ia dijangka ditawarkan bersama-sama pengenalan Windows 10 kelak.

Asus Transformer Book 2015


TIPS & ULASAN