Cari @ Amanz

Pada masa kini perhubungan antara jiran tetangga dan komuniti setempat dilakukan secara atas talian. Mungkin jika dahulu popular dengan cara Yahoo Groups, kini ia popular menerusi Facebook Groups atau aplikasi setempat. MyHero, aplikasi memfokuskan perkongsian komuniti kini bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi membawakan berita serta aduan setempat untuk kawasan Zon 2 Petaling Jaya.

Melalui kerjasama ini, pengguna aplikasi ini yang menetap di Zon 2 Petaling Jaya iaitu Bandar Utama, Kampung Sungai Kayu Ara, Mutiara Damansara dan Pelangi Damansara boleh menghantar aduan dan maklumbalas secara terus kepada Majlis Bandaraya. Malah, maklumbalas tersebut mempunyai geolokasi, dimana aplikasi MyHero tidak akan memasukkan komen-komen yang berasal selain kawasan yang dinyatakan. Pengguna juga boleh mengemukakan isu-isu berbangkit serta berbincang mengenainya menerusi aplikasi ini. Mereka juga mempunyai wakil tempatan (Resident Association) yang memantau aduan serta akan memaklumlan pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang aduan yang memerlukan perhatian secepat mungkin. 

myhero-app

Selain dari aduan dan perkongsian isu setempat, pengguna aplikasi MyHero juga boleh menghantar mesej kecemasan yang turut disertakan dengan maklumat lokasi kecemasan tersebut terjadi dengan beberapa klik. Buat masa ini perancangan MyHero untuk meluaskan aplikasi ini juga tertakluk kepada kerjasama masyarakat setempat dan mereka mengalu-alukan sebarang cadangan.  

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd