LEGO Hadir Dengan Permainan Seumpama Minecraft Dinamakan Lego Worlds

LEGO Hadir Dengan Permainan Seumpama Minecraft Dinamakan Lego Worlds

Diterbitkan pada June 2, 2015 oleh .

Minecraft merupakan salah satu permainan popular yang hadir dalam rekaan berbentuk blok, dan membolehkan pengguna membina dunia maya mereka tersendiri. Ia telah diambil-alih oleh Microsoft sebelum ini pada harga mencapai $2.5 bilion, dan pada masa yang sama turut ditawarkan kepada beberapa platform pilihan pemain.

Kini, LEGO, syarikat yang popular dengan permainan berbentuk blok yang boleh dihubungkan untuk membina sesuatu – dalam dunia nyata, turut memperkenalkan permainan mereka tersendiri dinamakan sebagai LEGO Worlds.

LEGO Worlds

LEGO Worlds

LEGO Worlds hanya ditawarkan untuk PC sahaja buat masa ini, dimana seperti pada permainan mereka, pengguna boleh membina apa sahaja pada dunia maya, selain turut mengubah-suai watak permainan mereka. LEGO merancang menambah beberapa sokongan lain, termasuk kebolehan multi-player pada masa akan datang.

Buat masa ini, LEGO World ditawarkan melalui Steam sahaja dan dilabelkan masih pada peringkat awal pembangunan. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya, dan memainkannya sementara menantikan versi akhirnya hadir kelak pada tahun ini.

Layari : Steam / Lego Worlds


TIPS & ULASAN