Huawei P8 Disenaraikan Pada Harga RM1799 Di VMall – Pra-Tempahan Bermula Petang Ini

Huawei P8 Disenaraikan Pada Harga RM1799 Di VMall – Pra-Tempahan Bermula Petang Ini

Diterbitkan pada June 2, 2015 oleh .

Huawei sebelum ini telah menerima pendaftaran minat untuk telefon pintar terbaru daripada mereka, iaitu Huawei P8 melalui VMall. Terkini, Huawei turut mengemaskini laman VMall, dan secara rasminya menyenaraikan telefon pintar terbaru mereka itu pada harga RM1799.

Huawei P8 merupakan telefon pintar terbaru daripada gergasi telekomunikasi dari China, dan telah diperkenalkan pada bulan April yang lepas. Melalui apa yang disenaraikan oleh Huawei di VMall, versi yang akan ditawarkan adalah versi 16GB dan hadir dengan memori 3GB RAM. Warna yang ditawarkan untuk proses pra-tempahan ini adalah Mystic Champagne dan juga Titanium Grey.

Dari segi spesifikasi penuh, Huawei P8 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh (1920x1080p), cip pemprosesan Kirin 930, dan kamera belakang 13-megapixel.

Huawei P8 VMall

Bercakap mengenai kameranya sahaja, Huawei memberikan perhatian yang baik, dan menyertakan beberapa mod rakaman baru. Antara yang menjadi fokus adalah fungsi rakaman lightrail yang boleh merakamkan gambar gerakan cahaya. Disamping itu, Huawei juga menyertakan fungsi Time-Lapse dan sebagainya pada peranti mereka.

Huawei juga turut menyertakan sebuah mod khusus dinamakan sebagai Director Mode, dimana ia membolehkan sebanyak sehingga tiga telefon Android lain dihubungkan, dan kameranya digunakan untuk rakaman video pelbagai sudut. Telefon Huawei P8 kemudiannya boleh digunakan untuk tujuan penyuntingan dan sebagainya.

Beberapa fungsi lain yang turut hadir adalah seperti WiFi+ – membolehkan rangkaian ditukar secara automatik daripada WiFi ke rangkaian mudah-alih apabila rangkaian WiFi tidak berfungsi dengan baik.

Huawei P8

Huawei P8

Huawei P8

Huawei P8

Pihak Huawei sendiri menjadualkan acara pelancaran rasmi mereka di Singapura pada petang ini, dan seperti biasa, kami akan membawakan liputan langsung berkaitan dengannya pada petang ini. Berkemungkinan juga kita akan dapat mendengar penawaran mengenai Huawei P8 Max pada masa yang sama.

Jadi, bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuk Huawei P8 ini pada petang ini, pukul 3.08 petang di laman VMall. Huawei P8 disenaraikan pada harga RM1799 pada laman berkenaan (ketika artikel ini ditulis).

Layari : Pra-Tempahan Huawei P8


TIPS & ULASAN