(Ura-Ura) Nintendo NX Berkemungkinan Hadir Berasaskan Platform Android?

(Ura-Ura) Nintendo NX Berkemungkinan Hadir Berasaskan Platform Android?

Diterbitkan pada June 2, 2015 oleh .

Desas-desus dan dunia teknologi merupakan salah satu perkara yang tidak boleh diasingkan. Terkini, sebuah laporan baru hadir mengatakan Nintendo, syarikat permainan terkemuka dari Jepun mungkin hadir dengan konsol Nintendo NX berasaskan kepada platform Android.

NintendoInfo mengenai Nintendo NX masih menjadi misteri sehingga hari ini. Ia pernah dikongsikan secara ringkas oleh Nintendo pada bulan Mac yang lepas, dimana mereka mengatakan ia merupakan salah satu projek baru dalam syarikat. Mengikut pelbagai desas-desus sebelum ini, ia dikatakan Nintendo NX mungkin hadir sebagai sebuah peranti atau platform hibrid yang boleh dimainkan di rumah atau ketika diluar. Ini sekaligus memberikan petanda yang mana ia mungkin sesuatu yang mesra televisyen dan juga peranti mudah-alih seperti telefon dan tablet.

Jika hal ini benar, maka tidak mustahil platform Android dipilih kerana ia adalah salah satu platform terbuka yang selari untuk kedua-dua jenis peranti.

Nintendo sendiri sebelum ini telah mengumumkan ingin membawa beberapa permainan baru ke peranti mudah-alih melalui kerjasama DeNA. Tetapi ia merupakan permainan baru dan bukannya yang berbentuk port permainan sedia ada.

Berkemungkinan juga, ia dikatakan dalam usaha untuk memastikan penawaran berkualiti mereka, Nintendo mungkin mengubah-suai pelbagai perkara yang hadir pada Nintendo NX ini dengan versi khusus Android, dan bukannya penawaran seperti NVIDIA Shield yang hadir dengan akses ke Google Play Store.

Walau apa pun, buat masa ini ia hanya sekadar desas-desus sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN