Cari @ Amanz

Peratusan peranti yang kini menggunakan Android Lollipop semakin meningkat dan angka terbaru menunjukkan kini 12.4% peranti menggunakannya. Ini adalah peningkatan sebanyak 2.7% berbanding bulan lalu. Pecahan dari segi versi pula ialah 11.6% menggunakan 5.0. dan 0.8% menggunakan 5.1 Android Kit Kat masih lagi menjadi sistem operasi paling banyak digunakan dengan 39.8% diikuti oleh Jellybean dengan 37.4%. Agak mengejutkan masih ada peranti yang menggunakan Froyo iaitu sekitar 0.3%.

Kadar penggunaan Lollipop ini masih lagi rendah bagi sebuah sistem operasi yang diperkenalkan tujuh bulan yang lalu. Apatah lagi dengan pengenalan Android M Developer Preview oleh Google pada minggu lepas.

Adakah peranti anda sudah menggunakan Android Lollipop? Sekiranya ya, adakah kemas kini terkini ini penting ataupun anda di dalam golongan asalkan peranti masih berfungsi dengan baik anda tidak peduli apakah versi yang digunakan?

Android-Persentage-June

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd